Rabu, 10 April 2013

PAPAN SUIS UTAMA (PSU).

AM.
Papan suis utama (PSU) adalah satu kompenan atau perkakas pemasangan elektrik yg mula2 sekali menerima beklan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan kebahagian-bahagian. Ia juga merupakan pusat kawalan utama kepada keseluruhan pemasangan.

Didalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan pelindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dam komponen perlindungan utama yg mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yg hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yg tertentu sahaja misalnya motor2 elektrik.

Walaubagaimanapun nota ini hanya membincangkan PSU untuk voltan rendah sahaja(415v).

JENIS.
Umumnya ada 3 jenis PSU yg biasa digunakan iaitu:

  • Jenis melekat di dinding (wall mounted).
  • Jenis pedestal (sederhana).
  • Jenis cubicle (flour mounted).


Jenis melekat kedinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100amp. Jenis pedestal untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar.

PAPAN SUIS KECIL (sub.switch board 'SSB').
Papan suis kecil adalah papan suis yg mendapat bekalan utama dari PSU. Perkataan kecil adalah relatif sebab ada papan suis kecil saiz dan kadarannya besar melebihi dari papan suis utama lain. Kecil di sini bermakna lebih kecil dari PSU.

Papan suis kecil digunakan untuk bangunan atau beban yg berada agak jauh dan terasing dari PSU. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja2 kawalan dan senggaraan.

BINAAN.
Papan suis utama terdiri dari binaan rangka utama yg akan menyokong berat segala peralatan yg terdapat di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah miniman 10G berbentuk U-section channel. Rangka yg baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yg sesuai dan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan.

Dibahagian luar sekelilingnya di tutup dengan kepingan logam dengan tebal tertentu (tebal miniman 14G dibahagian belakang dan tepi PSU).

Palang bus penbumian dengan keratan rentas yg mencukupi hendaklah dipasang dibahagian bawah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.

KLAS.
Terdapat 3 klas:

  • Tiada kompartmen - tiada dinding pemisah diantara bahagian2 dalam PSU.
  • Sebahagian kompartmen - sebahagian sahaja dipisahkan daripada yg lainnya.
  • Sepenuhnya kompartmen - semua bahagian diasingkan dari yg lain.


Jenis mana yg kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan dan harga yg kita perlu bayar. Jenis yg paling baik dan mahal ialah setiap kompartment dalam PSU diasingkan dengan logam supaya apabila berlaku percikan api elektrik bahagian lain tidak terlibat. Selain mahal ianya juga berat.

Jenis yg paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisah diantara kompartment didalam PSU.

LOKASI.
PSU hendakalh ditempatkan di tempat yg mempunyai ciri2 seperti berikut:


  • Berhampiran dengan penempatan beban yg tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan sub.main dan kabel.
  • Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca2 air.
  • Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja2 operasi dan senggaraan mudah dijalankan.
  • Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu berkunci.
KEPERLUAN BILIK SUIS.

  • Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yg baik.
  • Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk.
  • Ruang kosong berukuran minima 2.5ft di bahagian belakang dan minima 4.5ft di bahagian hadapan PSU untuk kerja2 senggaraan.
  • Mempunyai saluran2 yg memcukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.
  • Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yg dibenarkan spt CO2.
  • Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket ali keluar dengan jumlah yg mencukupi hendaklah disediakan didalam bilik suis.
  • Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yg sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik suis.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan